Friday, October 29, 2010

steambot sedap

Bila sebut pasal makanan semua orang mesti terliur kan???sama mcm saya...bila jarum jam menunjukkan hampir pkul 11.00 mulala otak berfikir nak masak apa hari ni ye??
macam nak masak makanan lengkap :
seafood,di tambah dengan kuah lepas tu ada sayur...yess makanan sihat.pastinya STEAMBOT!!!!
Yok kita belajar sama-sama menu ini....
-
-
-
ok dah tengok gambar???mesti nak tahu macamne buat kan?so ade 2 bahagian cara untuk membuatnya :
-
-
-

1 ) Sos...
-Mula-mula sangai bijan..( goreng tanpa minyak )
-Lepas 2, kupas bawang putih dan di potong dadu tetapi halus..
-Kemudian panaskan minyak lebih kurang separuh sudu besar dan masukkan bawang putih beserta lebihan bijan yang tidak di sangai sehingga naik bau..
-Bau dah ada barula masukkan tomato puri..( cadangan gunakan sos tomato puri jenama Du Chef )
-Biarkan sehingga sos tomato puri itu tadi menjadi merah,di samping menunggu masukkanla gula,garam,serbuk perasa. ( oleh disebabkan tomato puri tadi sudah masam jadi lebihkan gula untuk sedikit rasa manis )..BARULA ENAK!!
-Kemudian bila rasa dah ada,warna sudah membuka selera, potongkan daun ketumbar halus-halus tau...
-Akhir sekali, gaulkan sos tadi bersama daun ketumbar dengan bijan yang telah di sangai.
- Masukkanla ke dalam mangkuk...( persediaan untuk makam )


2 ) Kuah steambot
- Mula-mula panaskan air kat periuk khas untuk steambot..( seperti dalam gambar )
- Kemudian, masukkan perencah tomyam dan sup..( terpulang kepada kesukaan..kalau suka tomyam..tomyam je kalau tak suka bleh letak perancah sup..cadangan gunakan jenama knorr )
- Lepas tu, bolehla di masukkan sedikit garam,gula biar raseye sedap..
kemudian biarkan terus mendidih untuk dimasukkan bahan-bahan seafood, sayur..

sedia untuk di hidang!!
Caranya..masukkan bahan-bahan seafood seperti udang,ketam,bebola ayam atau apa-apa sahaja jenis makanan laut yang anda suka. kemudian, masukkanla sayur...( kalau sayur menjadi pilihan anda ) seperti kobis,cendawan,anak jagung atau apa-apa sahaja asalkan anda suka dan jangan membazir.

akhir kata selamat mencuba!! YOK MASAK DAN YOK MENCUBA...